August 24, 2017

July 6, 2017

Selamat Hari Raya



It's never too late to wish Selamat Hari Raya. Hari hari Hari Raya.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

from us

January 8, 2017

Redha

Aku sepatutnya tidur da sekarang ni. Rehat. Tapi aku cuba dan nak jugak post satu benda dan sekurang kurang nya aku da luah dan boleh tidur dengan tenang.

12.00pm

Aku tunggu Along beli barang nak basuh rumah baru dia. Aku duduk dalam kereta pangku anak dia tidur sambil aku terfikir. Kata kan la aku ada boyfriend mesti sekarang dia tengah text aku and tanya kat mana buat apa. Otw pergi rumah Along nak cuci rumah dia. Tapi hmm kata kan la je kan. Tiba tiba aku teringat satu no yang da lama sangat aku tak ingat da tak pernah terfikir pun. Aku try call, mailbox dan aku okay. Dia call balik dan aku angkat borak macam biasa macam tak pernah lost contact pun sebelum ni. Pelik. Should be awkward kan sebab da lama tak sembang but macam tuh la. Get along macam biasa. Call ended. 

12.00am

Aku terfikir kenapa aku tak macam dulu. Keep nak borak dengan dia. Share everything. Kemaheenn sangat. But now macam tak rasa apa. Well teringat teringat tuh benda biasa. Walaupun tak selalu tapi ada la. Tapi tah la mungkin ini yang orang kata REDHA. 

"Aku, awalnya aku paksa diri untuk move on. Sebab aku takut if still hoping, bila tak dapat apa yang aku nak tu, aku akan frust. Jadi paksa diri redha dan move on. Tapi tak boleh. Susah sangat. Aku tak redha, pun.

...

Dan, magisnya kuasa usaha. Walaupun aku tak dapat apa yang aku nak, tapi aku happy sangat. Sebab takde regret dah. Sebab aku yakin aku dah usaha dari semua bucu. Semua. Jadi mudah untuk aku redha dan move on. Mudah sangat. "

F. L.

Aku jarang nak terasa sesuata dengan apa yang FL posted but kali ni aku rasa sesuatu tuh. Sama. Tapi dugaan yang aku hadap tak sehebat dia. Aku punya dugaan ni macam ikan bilis. Kau kena buang dalam dia before nak tumis. Biasa je tak hebat pun. Tapi nak move on tuh payah. Aku cuba nak redha. Macam mana cara sekali pun sampai jadi tak ikhlas. Dan bila aku baca post ni aku rasa sama. Yup. Aku tak perlu nak tipu diri sendiri sebab.

Kalau betul kita nakkan sesuatu, go for it and keep on doing good. Sehingga suatu limit, walau tak dapat apa yang kita nak, tapi kita akan senang redha. Iya penat. Tapi sabar sikit. Sampai masa, Allah akan hadirkan redha tanpa dipaksa. Dan ia pasti lebih mudah.

F. L.

In shaa Allah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih FL. 

September 4, 2016

Alhamdulillah #5

Bismillahirrahmanirrahim,

Hmm. Lama da tak update. Macam macam da draft, banyak benda terasa nak story walau tiada siapa yang baca haha. Tapi kesudahan nya nanti dan nanti. 4.00 pagi tersedar, tak boleh tidur tiba tiba terdetik nak tengok blog. Da lama tak stalk blog sendiri. Baca balik satu satu. Apa ayat yang aku da buat. Macam mana boleh ada idea mencurah curah macam ni. Huuuu hebat seorang Hidani (tepuk tangan bangga).

Maka perasaan nak bercerita tuh datang semula. Tiba tiba terasa nak berkarang balik. Walaupun tak dapat menghasilkan karya yang hebat hebat. Tapi ini pun da cukup hebat bagi aku. HAHAHAHA. Ayuh Hidani. Ayuh.

KERJA.

Alhamdulillah, 

Hampir 3 tahun. Macam mana aku boleh bertahan sampai tahap ini. Mungkin sebab aku berada dalam zon yang selesa. Ya. Amat selesa. Jarak rumah ke tempat kerja tak sampai 10km dan 15minit untuk aku sampai ke sana. Tambah dengan kesesakan mungkin 20minit. Selesa lagi bila mana waktu kerja agak sedikit fleksibel. Walaupun tiada bayaran untuk OT. Tapi tidak mengapa. Aku redha. Lagi lah selesa bila kau sama kerja dengan roommate dan classmate kau. Perghhh benda ni la yang paling aku selesa haha. Soal gaji usah dipertikaikan. Masing masing duduk dalam department yang berbeza dan tangga gaji yang berbeza. Salah faham dan petengkaran kecil sudah semestinya ada. Masih boleh dikawal dan aku masih selesa. Alhamdulillah kebajikan dijaga dan kerja keras aku dibalas dengan setimpalnya. Mungkin bila da berumah tangga ke aku baru boleh fikir nak tukar kerjaya? In shaa Allah

KEHIDUPAN.

Alhamdulillah kehidupan kian berubah. Apa yang nak disangka semua benda yang tak terjangka boleh berlaku dalam sekelip mata. Haji. Rumah. Kahwin. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walau ada sedikit ujian yang melanda. In shaa Allah tahun depan lagi ya? 

Dan paling tak disangka macam mana aku boleh buang semuanya. Dari zaman belajar di matrik sampai la ke universiti. Bertahun aku cuba. Bertahun aku tipu diri sendiri. Bertahun jugak la aku leka dan hanyut. Ya. Betul. Bila kita tak pernah minta semua ni terjadi, In shaa Allah, Allah akan tolong dalam sekelip mata. Walau kadang kala dosa tuh muncul semula. Hmm tak semudah itu ya nak buang semua dosa. Makanya jadikan pengajaran ya Hidani. 

Alhamdulillah, tiap satu yang aku rasa aku ada masalah aku terus terang dan selesaikan semuanya. Tenang. Perlahan dan istiqamah. Usaha tuh kena ada. Walau kadang terkilan dengan tindakan aku yang sia sia. Come on, life must goes on right.

JODOH.

Ya. Topik yang sukar untuk diceritakan. Aku mengaku aku malu bila ditanya tentang ini dan jawapan nya tiada. Aku malu dan aku sanggup menipu dan berikan jawapan nya ada. Tapi aku silap, Itu yang membuatkan peluang yang ada tuh jadi tak ada. Padan muka aku. Dan mulai saat ini aku kena jadi bangga yang aku tak ada. Terus terang In shaa Allah sampai masa aku akan jumpa. Jujur. Cemburu dengan kawan kawan tuh tak pernah terlintas, Sebab aku sendiri belum bersedia nak pikul tanggungjawab yang berat. Tanggungjawab terhadap keluarga sendiri pun belum aku selesaikan. Cuma teringin nak rasa disayangi lagi. Dan teringin nak naik jatuh bangun sama sama. Itu je. 

But for now aku sendiri selesa begini. Masih dengan drama korea dan kpop nya, Tidur dan makan lebih dari yang secukupnya. Aku bahagia. Dan paling aku bahagia masa dengan keluarga tuh sentiasa ada. Yang sentiasa buat aku rasa tak sabar nak balik rumah lepas kerja. Yang sentiasa buat aku teruja nak buat kejutan. Tiap akhir bulan. Alhamdulillah, aku masih ada rasa nak balas jasa dan jaga sampai akhir hayatnya. In shaa Allah, aku mohon moga rasa ini masih ada dan tak akan pernah berubah sampai aku da berdua, bertiga dan sampai bila bila. Amin.

In shaa Allah aku akan cuba curi masa lagi macam ni. 

:)

March 19, 2016