di suatu petang yang terasa dingin bak angin angin sepoi bahasa dan dalam suasana yang hingar bingar di sekitar kaunter bayaran dengan tangisan kanak kanak yang kedengaran seperti mereka sedang mengadakan suatu pertandingan 'siapa nangis paling kuat, dia HEBAT! jyeahh!', ak dengan asma membicarakan tentang tart telur yang sangat lazat. bagaimana nak buat. terasa nak buat. kita reka resepi kita. lepas tuh jual. yeahh! tiba tiba satu pasangan datang ke kedai kami. pasangan suami isteri.
"si isteri: adik, mana lagi sedap? cup bon ke cool blog?
danie: haa? (ah. sudah. akak nih apehal?)
si isteri: cup bon nih sama ja kan dengan cool blog? ada pearl?
danie: ha'aa. kenapa kak? (muka malas nak layan)
si isteri: mana lagi sedap ea? (muka curious gilaa)
danie: tak tau laa kak. saya tak pernah minum cool blog. (oke. terasa diri nih loser. :/)
si isteri: ohh. yeke? hmm. akak sebenarnya suka sangat dengan cool blog. admire sangat da. peminat nombor satu. da rasa teringin nak buka kedai macam cool blog. suka sangat. (muka excited gilaa)
danie: hoo. yeke? akak try laa cup bon pulak. (saya tau la kak. takyah excited sangat)
asma: akak nak order apa?
si suami: cepat laa order. ramai customer lain lagi.
si isteri: ehh. lupa pulak. akak nak choc satu. ice blended dengan pearl ea?
danie: satu je ea? oke. (nasib baik asma terus menyampuk)
si isteri: gaji sini berapa? oke tak kerja sini?
danie: satu jam rm4 kak. okela. rilek sikit. (da. tanya gaji la plak --'')
si isteri: abg, gaji diorang lagi banyak dari mcd dengan kfc kann?
si suami: ha'aa. banyak jugak tuhh. adik ada kena pergi training ke kerja sini?
danie: ehh. tak la. kitorang part time takyah pergi semua tuhh. (adehh. suami dia pulak daa)
si isteri dan si suami: ohh. yeke?
customer: adik, honeydew milk tea satu.
si isteri: ehh. okela. akak pergi bayar. kesian adik. banyak soalan pulak akak nihh. hehe.
danie: haha. takpela kak. (tau takpe. sedar pun. :P)"
selepas perbualan yang rasanya tak penting pada hari ini. kami pun membuat rutin seperti biasa. dan akhirnya pasangan tuh rasa cup bon kami. muka puas hati. :)
haha. ak tak tau laa. ramai sangat da nak banding kan cup bon dengan cool blog. sama je kann. sebab ada pearl. cuma jenama je lain. and diorang lagi banyak perisa dari kitorang. kitorang takde oreo yang asyik asyik diorder. haihh. penat da cakap TAK ADA. tengok laa risalah kitorang ya abang akak. kami nihh part time je. so. takde laa nak backup sangat cup bon nih. kitorang lagi sedap ke tak. lagi hebat ke tak. haha. macam macam hal customer nihh.
tapi tengok cool blog. hebat laa. ada website sendiri haa. hamikkk kau. cup bon hadooo? haha. da famous kann. kedai pun lawa. comel jepp. kalah laa cup bon. berapa cawangan je diorang ada. lagi pun sekarang da ramai da jual pearl tuhh. bubble ke. sama je kann.
ohh. btw. tak sabar nak bagi zana cup bon special. hehe. kalau chronisms dapat datang semua lagi bagus. rindu mereka sangat sangat sangat. :')