February 4, 2012

Random 15 : Salam Maulidur Rasul



Ali bin Abi Talib radhiAllahu'anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sollAllahu'alaihiwasallam,


Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak lurus kaku, melainkan ikat beralun. badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur. kulitnya putih kemerah merahan matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. tulang sendinya gagah. bahunya bidang. badannya bersih daripada bulu dan rambut. tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat. telapak tangan dan kakinya terasa tebal.

Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap, kakinya diangkat dengan kuat seolah olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. apabila Baginda berpaling, kedua dua bahunya berpaling serentak seluruh badannya turut berpaling. di antara kedua dua bahunya, terdapat khatamun nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata katanya paling jujur.

Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. sesiapa yang melihatnya buat kali pertama pasti nanti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya. orang yang menceritakan sifat Rasulullah tentunya akan berkata " belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, sama sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia. "


(HR at-Tirmizi)

#صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم