Assalamualaikum,
Terasa kekok nak membuat ayat. da lama tak bercerita. taip padam taip padam akhirnya menjadi draft, saving automatically. cuti semester kali ini sama macam cuti semester 4 bulan tahun lepas. apa yang membezakannya hanya tempat dan suasana. walaupun kali ini hanya 3 bulan dan sangat tergesa gesa tapi masih dapat hadapi nya dengan tenang. dan kali ini juga la yang dapat membantu diri ini untuk menghadapi dunia luar, paling penting masa depan. masa depan yang belum tentu mana arah tujunya.
Minum air seteguk. fikirkan ayat seterusnya...
Rasanya tidak perlu nak memperkenalkan di mana tempat kerja kali ini. sila search sendiri Hezmedia Interactive Sdn Bhd dan Math Quest untuk maklumat lebih lanjut. terlalu banyak pengalaman dan pengajaran . suasana kerja yang adakalanya memberi tekanan yang cukup kuat. ada yang mampu mengeluh. ada yang mampu menangis dan ada yang mampu jatuh tidak sedar apa apa. semua itu ujian. bukan ujian kalau kita tak mampu hadapinya. banyak yang membantu bila diri ini tak mampu nak berdiri teguh. terima kasih buat semua.
 |
| Hezmedia Interactive Sdn Bhd |
 |
| Neko dan Pahzai |
 |
| Seoul Garden, One Utama |
Tak dapat nak balas jasa baik ibu along dan adik yang sanggup hantar ambik pergi balik kerja. Abah yang setiap hari tanya pasal kerja, bincang bersama bila hadapi masalah dalam kerja dan cuba untuk membantu hati anak kecil ini menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar. mereka adalah pendorong utama. terima kasih. :')
 |
| Stress enough maksu elle? |
Tekanan tak memberi halangan untuk kita bergelak ketawa hilangkan fikiran tentang kerja yang datang tiap hari menimpa. senyum lah semana mampu. dan gelak lah sebebas mana. lagu yang tetap menemani sewaktu tekanan dan masih berada di fikiran sehingga sekarang. sampaikan salam cinta. berhantu lagu nih kak mai.
 |
| Irfan Khairi oppsss silap ini Mohd Irfan |
 |
| Lupa da tapi dia la yang memberi semangat untuk datang haha. |
 |
| Ainin takmo nangis nangis lagi ya? |
 |
| Gembira bersama mereka :) |
Alhamdulillahh. semua da selesai. mulakan semester 5 tahun 3 tahun terakhir dengan hati yang ikhlas. insyaAllah jika diizinkan Allah grad pada tahun 2013. wallahualam. :')