July 13, 2013

Unimap 10 : Tiga

Assalamualaikum,

Orang kata tiga tahun tuh lama. Memang lama bila kita countdown tiap hari. Bila nak habis bila nak habis. Bila semua nih nak berakhir bila semua nih nak berakhir. Tapi bila kita laluinya tanpa mengira hari hari yang akan datang kita akan rasa sekejap sangat. Pejam celik pejam celik da habis da tiga tahun tuh.

Dan ini la yang terjadi. Da tiga tahun belajar diperantauan. Akhirnya berakhir jugak. Tipu la kalau kita kata tak sedih. Tipu la kalau kita kata tak rindu. Tipu la kalau kita kata kita tanak balik tanak rasa semua nih lagi. Kawan. Adanya kawan walau kita belajar jauh mana pun itu yang membuatkan kita jadi kuat dan paling penting Allah itu ada dengan kita. Walau kita seorang sekali pun. Allah akan buat kan hati hambanya tenang. 




Tempat untuk kita belajar tidur berehat simpan barang pun penting jugak. Salah satu faktor untuk kita belajar dalam keadaan yang selesa. Sepahkan la macam mana yang kita mahu. Yang penting sebelum tidur bangun tidur semuanya kemas. Itu melambangkan ciri ciri seorang pelajar yang berdisiplin. 

#Tahun Pertama











#Tahun Kedua














#Tahun Ketiga






Ini la kawan kawan yang da bersama selama tiga tahun nih. Tak semua yang kekal dari tahun pertama sampai tahun ketiga tapi kita masih anggap mereka kawan. Tanpa mereka tiada la kenangan. Terima kasih kerana memberi 1000 kenangan manis. InsyaAllah kita jumpa bulan 9 nanti. :)