November 3, 2013

Unimap 13 : 22

Bismillahirahmanirahim,

Macam cepat je da habis belajar. Macam cepat je da konvo. Macam cepat je da habis konvo. Macam cepat je da habis semua. Macam cepat je semua berlalu. Zaman nak main main da habis. Zaman nak rilek rileks da habis. Fikiran kena matang macam budak habis belajar. Bukan macam baru nak masuk matrik lagi satu satu kena ajar. Walaupun masih lagi bergantung dengan abah. Selagi tak kawin hehe. Abah akan rindu nanti caya la haha. Btw, bersyukur sangat dapat habiskan belajar dalam umur 22 nih. Konvo dalam umur 22. Along kawin pun masa yani umur 22. Alhamdulillahhhh! Terima kasih untuk jalan cerita nih Ya Allah!

Tok Abah

Tok Ibu

Kakak kakak je yang ada. Adik adik tak ada. Sedih.

Hari pertama datang balik tempat nih rasa macam tak caya dah nak konvo dah nak naik pentas dah nak terima gelaran sebagai pemegang ijazah. Semua pun tak caya. Eh betul ke eh ye ke. Tinggi macam nih muka macam nih sesuai ke layak ke. Takde gaya budak da habis degree. Takde gaya budak umur 22. Takde gaya budak nih anak yang ketiga. Masing masing ingat kita takde adik. --'' Dan masih takde gaya budak fresh graduate nak masuk alam pekerjaan yang sebenar. Dress up masih sama. Sneakers tetap dihati. Walaupun ibu berkeinginan anaknya ini akan berubah terus ke arah wedges. Tapi anaknya ini punyai angan angan lain untuk menjadikan sneakers sebagai kasut persandingan nanti hehehe. Sabar ye ibu, suatu hari nanti.


Bukan muka berdebar yang nak ditunjuk sebenarnya. Muka lepas jubah konvo selesai dipakai. Benda yang semua orang tanak hadapi even nak jawab final exam, even nak pergi tengok wayang cerita favourite, even nak pergi cek result dalam portal, even nak pergi dating sekali pun. Semua orang pun tanak perut nih berbunyi walau lagu my chemical romance dead berkumandang. Tapi itu lah yang terjadi dipagi hari nak konvo nihh. Stress betul wehhh. Da la sekali seumur hidup. Tak sempat nak nangis da kena beratur kelam kabut pakai jubah pin tak bawak phone tertinggal peluh da seronok turun mencurah curah. Terima kasih kepada yang prihatin terhadap diri ini. Tolong pakai kan tolong pin kan tolong kipas kan tolong cool kan. Terima kasih kawan kawan *kesat air mata. Akhirnya abah kata mungkin disebabkan kita breakfast carbonara dan semenjak itu janji tak kan breakfast carbonara lagi. 

Sebulan prepare nak gerak sekali. Sebulan prepare nak stay sekali. Sebulan prepare sebulan plan sebulan kelam kabut nak fikir. Paling kelam kabut lepas tuh nak buat apa lepas tuh nak pergi mana lepas tuh nak ada apa. Budak kaca mata baju hijau nih. Tukang ambik tukang bawak tukang isi minyak tukang segala galanya tukang la. Terima kasih ye. Jangan lupa hadiah konvo tak dapat lagi hehe







Terima kasih yang tak terhingga buat dato dan datin kerana sanggup melayan kerenah anak anak yang sebaya nih hehehe. Sanggup melayan anak sorang nih kuat bebel kuat merajuk kuat terasa kuat maki kuat menjerit. Lain pula dengan anak lagi sorang yang sopan santun pemalu digilai ramai lagi lagi abang buncit dia. Terima kasih sangat sangat. Malu nak mengaku sebenarnya rindu nak lepak taman berlima sampai 2 pagi pergi pasar malam makan sama tiap malam pergi kelas sama kutuk jijik sama sama. Kita dua yang paling allergic dengan jijik sebenarnya. Dan paling tak rindu sekali dengar cerita dato yang sama berulang ulang kali sampai datin pun malas nak layan. Well kita anak yang baik kann? hahaha. Moga dato cepat kumpul 1juta tuh cepat kawin dengan datin. Da la sorang kedah sorang melaka. Komfem merana punya haha. 




Ini je yang sempat. Yang lain tak dapat dikesan. Busy mungkin. Moga masing masing dapat kerja bagus jaga keluarga ada masa ada rezeki kita jumpa lagi. Mungkin waktu kenduri salah sorang dari kita? Salam sayang dari wani :)