September 4, 2016

Random 21 : Alhamdulillah #5

Bismillahirrahmanirrahim,

Hmm. Lama da tak update. Macam macam da draft, banyak benda terasa nak story walau tiada siapa yang baca haha. Tapi kesudahan nya nanti dan nanti. 4.00 pagi tersedar, tak boleh tidur tiba tiba terdetik nak tengok blog. Da lama tak stalk blog sendiri. Baca balik satu satu. Apa ayat yang aku da buat. Macam mana boleh ada idea mencurah curah macam ni. Huuuu hebat seorang Hidani (tepuk tangan bangga).

Maka perasaan nak bercerita tuh datang semula. Tiba tiba terasa nak berkarang balik. Walaupun tak dapat menghasilkan karya yang hebat hebat. Tapi ini pun da cukup hebat bagi aku. HAHAHAHA. Ayuh Hidani. Ayuh.

KERJA.

Alhamdulillah, 

Hampir 3 tahun. Macam mana aku boleh bertahan sampai tahap ini. Mungkin sebab aku berada dalam zon yang selesa. Ya. Amat selesa. Jarak rumah ke tempat kerja tak sampai 10km dan 15minit untuk aku sampai ke sana. Tambah dengan kesesakan mungkin 20minit. Selesa lagi bila mana waktu kerja agak fleksibel. Walaupun tiada bayaran untuk OT. Tapi tidak mengapa. Aku redha. Lagi lah selesa bila kau sama kerja dengan roommate dan classmate kau. Perghhh benda ni la yang paling aku selesa haha. Soal gaji usah dipertikaikan. Masing masing duduk dalam department yang berbeza dan tangga gaji yang berbeza. Salah faham dan petengkaran kecil sudah semestinya ada. Masih boleh dikawal dan aku masih selesa. Alhamdulillah kebajikan dijaga dan kerja keras aku dibalas dengan setimpalnya. Mungkin bila da berumah tangga ke aku baru boleh fikir nak tukar kerjaya? In shaa Allah

KEHIDUPAN.

Alhamdulillah kehidupan kian berubah. Apa yang nak disangka semua benda yang tak terjangka boleh berlaku dalam sekelip mata. Haji. Rumah. Kahwin. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walau ada sedikit ujian yang melanda. In shaa Allah tahun depan lagi ya? 

Dan paling tak disangka macam mana aku boleh buang semuanya. Dari zaman belajar di matrik sampai la ke universiti. Bertahun aku cuba. Bertahun aku tipu diri sendiri. Bertahun jugak la aku leka dan hanyut. Ya. Betul. Bila kita tak pernah minta semua ni terjadi, In shaa Allah, Allah akan tolong dalam sekelip mata. Walau kadang kala dosa tuh muncul semula. Hmm tak semudah itu ya nak buang semua dosa. Makanya jadikan pengajaran ya Hidani. 

Alhamdulillah, tiap satu yang aku rasa aku ada masalah aku terus terang dan selesaikan semuanya. Tenang. Perlahan dan istiqamah. Usaha tuh kena ada. Walau kadang terkilan dengan tindakan aku yang sia sia. Come on, life must goes on right.

JODOH.

Ya. Topik yang sukar untuk diceritakan. Aku mengaku aku malu bila ditanya tentang ini dan jawapan nya tiada. Aku malu dan aku sanggup menipu dan berikan jawapan nya ada. Tapi aku silap, Itu yang membuatkan peluang yang ada tuh jadi tak ada. Padan muka aku. Dan mulai saat ini aku kena jadi bangga yang aku tak ada. Terus terang In shaa Allah sampai masa aku akan jumpa. Jujur. Cemburu dengan kawan kawan tuh tak pernah terlintas, Sebab aku sendiri belum bersedia nak pikul tanggungjawab yang berat. Tanggungjawab terhadap keluarga sendiri pun belum aku selesaikan. Cuma teringin nak rasa disayangi lagi. Dan teringin nak naik jatuh bangun sama sama. Itu je. 

But for now aku sendiri selesa begini. Masih dengan drama korea dan kpop nya, Tidur dan makan lebih dari yang secukupnya. Aku bahagia. Dan paling aku bahagia masa dengan keluarga tuh sentiasa ada. Yang sentiasa buat aku rasa tak sabar nak balik rumah lepas kerja. Yang sentiasa buat aku teruja nak buat kejutan. Tiap akhir bulan. Alhamdulillah, aku masih ada rasa nak balas jasa dan jaga sampai akhir hayatnya. In shaa Allah, aku mohon moga rasa ini masih ada dan tak akan pernah berubah sampai aku da berdua, bertiga dan sampai bila bila. Amin.

In shaa Allah aku akan cuba curi masa lagi macam ni. 

:)