January 8, 2017

Redha

Aku sepatutnya tidur da sekarang ni. Rehat. Tapi aku cuba dan nak jugak post satu benda dan sekurang kurang nya aku da luah dan boleh tidur dengan tenang.

12.00pm

Aku tunggu Along beli barang nak basuh rumah baru dia. Aku duduk dalam kereta pangku anak dia tidur sambil aku terfikir. Kata kan la aku ada boyfriend mesti sekarang dia tengah text aku and tanya kat mana buat apa. Otw pergi rumah Along nak cuci rumah dia. Tapi hmm kata kan la je kan. Tiba tiba aku teringat satu no yang da lama sangat aku tak ingat da tak pernah terfikir pun. Aku try call, mailbox dan aku okay. Dia call balik dan aku angkat borak macam biasa macam tak pernah lost contact pun sebelum ni. Pelik. Should be awkward kan sebab da lama tak sembang but macam tuh la. Get along macam biasa. Call ended. 

12.00am

Aku terfikir kenapa aku tak macam dulu. Keep nak borak dengan dia. Share everything. Kemaheenn sangat. But now macam tak rasa apa. Well teringat teringat tuh benda biasa. Walaupun tak selalu tapi ada la. Tapi tah la mungkin ini yang orang kata REDHA. 

"Aku, awalnya aku paksa diri untuk move on. Sebab aku takut if still hoping, bila tak dapat apa yang aku nak tu, aku akan frust. Jadi paksa diri redha dan move on. Tapi tak boleh. Susah sangat. Aku tak redha, pun.

...

Dan, magisnya kuasa usaha. Walaupun aku tak dapat apa yang aku nak, tapi aku happy sangat. Sebab takde regret dah. Sebab aku yakin aku dah usaha dari semua bucu. Semua. Jadi mudah untuk aku redha dan move on. Mudah sangat. "

F. L.

Aku jarang nak terasa sesuata dengan apa yang FL posted but kali ni aku rasa sesuatu tuh. Sama. Tapi dugaan yang aku hadap tak sehebat dia. Aku punya dugaan ni macam ikan bilis. Kau kena buang dalam dia before nak tumis. Biasa je tak hebat pun. Tapi nak move on tuh payah. Aku cuba nak redha. Macam mana cara sekali pun sampai jadi tak ikhlas. Dan bila aku baca post ni aku rasa sama. Yup. Aku tak perlu nak tipu diri sendiri sebab.

Kalau betul kita nakkan sesuatu, go for it and keep on doing good. Sehingga suatu limit, walau tak dapat apa yang kita nak, tapi kita akan senang redha. Iya penat. Tapi sabar sikit. Sampai masa, Allah akan hadirkan redha tanpa dipaksa. Dan ia pasti lebih mudah.

F. L.

In shaa Allah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih FL.